Senarai kapal korek terakhir dibina di Malaysia (1966 - 1985) Kapal_korek_di_Malaysia

Reka bentuk dan pembinaan kapal korek timah di Malaysia memuncak pada tahap paling maju diantara tahun 1966 hingga 1985. Dalam tempoh ini F W Payne & Son dan lain-lain firma seperti IHC Holland (kini Royal IHC) mendapat kontrak merekabentuk sehingga 14 buah kapal korek baru. Berikut adalah 14 senarai kapal korek terakhir yang dibina di Malaysia yang juga merupakan kapal korek termoden dalam sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah negara. [29]

Tahun

Dibina

Kapal KorekKapasiti Pengeluaran

M3/Setahun

PemilikLokasiPereka
1985Kuala Langat Dredge No 17.8Kuala Langat Mining Sdn Bhd*Kuala LangatIHC Holland
1982Petaling Dredge No 97.9Petaling Tin BerhadKuala LangatFW Pynes
1980Timah Dermawan

(Sri Dermawan Dredge)

6.5Timah Dermawan Sdn Bhd*TronohTidak Diketahui
1979Perangsang Rio Tinto

Dredge No 2 #

7.3Perangsang Rio Tinto (M) Sdn BhdKuala Langat-
1979Sri Mambang

(MDA Dredge)

1.7Mambang Di-Awan Sdn BhdKamparFW Pynes
1979Berjuntai Dredge No 95.6Berjuntai Tin Dredging Berhad*Batang BerjuntaiTidak Diketahui
1977Sri Dengkil Dredge7.3Perangsang Tin Consolidated Sdn BhdKuala LangatFW Pynes
1976Berjuntai Dredge No 85.3Berjuntai Tin Dredging Berhad*Batang BerjuntaiTidak Diketahui
1974Sri Banting Dredge[11]5.5Timah Langat BerhadKuala LangatFW Pynes
1973Selangor Dredge No 27.9Selangor Dredging BerhadKuala LangatFW Pynes
1972Perangsang Rio Tinto

Dredge No 1 #

7.3Perangsang Rio Tinto (M) Sdn BhdKuala Langat-
1970Sri Timah Dredge [30]7.3Conzinc Rio Tinto Malaysia Sdn Bhd **Kuala LangatIHC Holland
1970Petaling Dredge No 74.4Petaling Tin BerhadKuala LangatFW Pynes
1966Selangor Dredge No 14.4Selangor Dredging BerhadKuala LangatTidak Diketahui

* Syarikat-syarikat yang ditanda adalah terkait dengan MMC. MMC adalah pemegang saham utama dalam Berjuntai Tin Dredging Berhad, manakala Timah Dermawan Sdn Bhd dan Kuala Langat Mining Sdn Bhd adalah syarikat usahama antara MMC dengan entiti lain terutamanya kerajaan negeri Perak dan Selangor.

** Berikutan pengenalan dasar NEP negara pada ketika itu yang menghadkan pegangan saham syarikat luar negara yang ingin terlibat dalam sektor perlombongan, kapal korek Sri Timah telah dipindah milik ke syarikat Perangsang Tin Consolidated Sdn Bhd (PTC) pada awal 80an dengan pemilik asal (Conzinc Rio Tinto Malaysia Sdn Bhd) turut memilik saham dalam syarikat berkenaan melaui penggabungan, menjadikan syarikat PTC memiliki sehingga dua buah kapal korek.

# Senarai kapal korek diatas dipetik dari buku Tin Mining in Malaysia 1800-2000: The Osborne & Chappel Story. Bagaimanapun data-data rasmi dari kapal-kapal korek milik Perangsang Rio Tinto (M) Sdn Bhd masih belum diperolehi selain terdapatnya beberapa isu percanggahan maklumat dari sumber-sumber yang pernah berkerja dengan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS).

Rujukan

WikiPedia: Kapal_korek_di_Malaysia http://cdn1.i3investor.com/my/files/dfgs88n/2000/0... http://malaysianminerals.com/savethedredge.pdf http://www.rakyatpos.com/kapal-keruk-koba-tin-terg... http://digicoll.library.wisc.edu/cgi-bin/EcoNatRes... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://site.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid... http://www.ocie.com.my/Clients/ociecommy/dredge-cp... http://www.ocie.com.my/main/3130/index.asp?pageid=...